F2L Standings Table - Season 2008



GP

W

D

L

GS

GA

GD

P

1

Clayton Destiny

7

4

2

1

12

3

9

14

2

Al-Hambra

7

3

2

2

14

6

8

11

3

Al-Ahly

7

3

2

2

12

7

5

11

4

White Roses

7

2

5

0

8

5

3

11

5

Freedom Fighters

7

3

2

2

9

7

2

11

6

Shabab Cergas

7

3

1

3

8

11

-3

10

7

Bunga Tanjung

7

1

1

5

5

17

-12

4

8

Westside Labourist

7

0

3

4

3

14

-11

3

Pengadil yang Beriman

Beliau merupakan pengadil bola sepak pertama Mesir yang menghentikan perlawanan untuk menghormati laungan azan solat tanpa bertanya terlebih dahulu kepada pegawai perlawanan daripada Persatuan Bola Sepak Mesir. Siapakah yang begitu berani ini? Dirinya terkenal dengan akhlak mulia di dalam maupun di luar padang. Beliau merupakan pengadil , Al-Hakam Muhammad Ass-Sayid.

Tanpa ragu-ragu untuk dikatakan bahawa perangsang utama ketika aku menghentikan perlawanan semasa laungan azan adalah kerana aku seorang muslim yang beriman kepada Allah swt dan sangat mengetahui bahawa maksud lafaz “Allah Maha Besar” adalah Allah Maha Besar dalam segala perkara yang kita lakukan lebih-lebih lagi jika perkara itu tidak memberikan kesan sampingan yang ketara pada tubuh pemain kerana aku pernah terlibat dalam mengendalikan latihan pasukan bola sepak. Berdasarkan pengalamanku, penangguhan perlawanan selama 2 minit tidak akan memberi mudarat kepada otot-otot pemain seperti yang disangka ramai pihak kerana otot tidak akan menyejuk kecuali selepas berhenti selama 15 minit.

Aku telah menghentikan banyak siri perlawanan sepanjang tugasku mengadili perlawanan Liga Profesional dan selalunya semasa azan solat Asar disebabkan kebanyakan perlawanan diadakan pada waktu siang. Ramai pemain menyambut tindakan ini dengan hati yang terbuka dan sebahagiannya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan semua pengadil bola sepak bertindak seperti ini. Begitu juga para penyokong yang bertepuk tangan sebaik sahaja perlawanan diteruskan semula menandakan kegembiraan mereka. Ini kerana kita semua hidup di negara Islam dan ini bukannya tindakan peribadi tetapi penghormatan kepada salah satu daripada syiar agama Allah swt.

Perkara pertama yang aku lakukan sebelum pergi menjalankan tugas sebagai pengadil perlawanan ialah memohon restu kedua ibubapaku. Aku duduk bersama mereka dan meminta supaya mereka mendoakan supaya aku dianugerahkan hidayah semasa membuat sesuatu keputusan. Aku tidak akan keluar kecuali setelah mereka benar-benar redha kepadaku dan tidak marah walaupun sedikit . Perkara yang sama aku lakukan kepada isteriku dan anak-anak. Ini membantuku mengurangkan perasaan gemuruh sebelum sesuatu perlawanan.

Semasa aku berada di dalam bilik persalinan stadium pada hari perlawanan, aku mengumpulkan semua keperluan pengadilan seperti wisel, kad dan butiran perlawanan sambil membaca ayat Kursi dan 3 Qul (surah Al-ikhlas, al-falaq, an-nas). Setelah itu aku membaca doa Nabi saw:

اللهم اكفيني بما شئت و كيف شئت إن الذي فرض عليك القرآن لرادك إلى معاد

Ya Allah cukupkan lah diriku dengan apa yang kau hendaki dan sebagaimana kau hendaki.

Sesungguhnya Allah Yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (Wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan Engkau kepada apa Yang Engkau ingini dan cintai.

Sebelum melangkah masuk ke dalam padang perlawanan aku membaca ayat Kursi sekali lagi dan ayat suci Al-Quran:

“ Dan mohonlah (Wahai Muhammad dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”(Al-Israa: 80)

Al-Qur’an yang mulia tidak pernah sekali-kali berpisah daripada diriku. Ia adalah sebahagian daripada barang-barang asasi yang perlu aku bawa bersama dalam bagasi perjalanan. Aku juga sentiasa memastikan Al-Quran kecil berada di dalam poket bajuku kerana dengannya aku menenangkan diri semasa perjalananku menuju ke sesuatu perlawanan bola sepak. Tugas pengadil perlawanan lebih sukar berbanding hakim mahkamah kerana dia perlu memutuskan sesuatu secara spontan dan segera berbeza dengan hakim mahkamah yang memiliki masa panjang untuk membelek-belek semula kertas-kertas mahkamah sebelum mengeluarkan apa-apa keputusan mahkamah. Maka sudah pasti akan berlaku beberapa kesilapan semasa pengadil mengendalikan sesuatu permainan. Manusia tidak pernah bebas daripada kesalahan.

Aku juga banyak menghabiskan waktu dengan mendengar siri-siri ceramah Syeikh Mutawali Asy-Sya’rawi dan bacaan Al-quran oleh Syeikh Mahmud Al-Khusori. Selain itu aku juga mengikuti rancangan televisyen Ustaz Amru Khaled yang merupakan seorang pendakwah contoh. Beliau memahami keperluan masyarakat dan mengemukakan penyelesaian praktikal dan kesedaran kepada masalah ini. Di samping itu, aku turut menggemari bacaan Islam seperti Riyadus Salhin (kitab hadis karangan Imam Nawawi) dan kisah-kisah para nabi a.s.

petikan dari arrumy (May 20, 2008)