Assalamualaikum wbt,
Mesej istimewa ini ditujukan khas kepada pemain-pemain, peminat-peminat, penonton-nonton, pengadil-pengadil, penjaga-penjaga garisan serta penabur-penabur tepung untuk membuat garisan D.
Memandangkan waktu Maghrib semakin awal di musim luruh ini, adalah sangat digalakkan jika kita terus solat di Stade de Princes Parc. Kepada mereka yang khuatir bahawa seluar mereka tidak lagi sesuai untuk dibawa bersolat, sila bawa kain pelekat. Jika anda ingin bawa kain batik sekalipun tidak menjadi masalah. Tempat untuk berwuduk di Stade de Princes Parc mudah untuk dijumpai tetapi jika anda bersiap-siap wuduk dari rumah adalah sangat digalakkan.
Moga-moga dengan usaha kita untuk meminimakan masalah lewat solat Maghrib berhasil. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment