F2L Standings Table - Season 2008



GP

W

D

L

GS

GA

GD

P

1

Clayton Destiny

7

4

2

1

12

3

9

14

2

Al-Hambra

7

3

2

2

14

6

8

11

3

Al-Ahly

7

3

2

2

12

7

5

11

4

White Roses

7

2

5

0

8

5

3

11

5

Freedom Fighters

7

3

2

2

9

7

2

11

6

Shabab Cergas

7

3

1

3

8

11

-3

10

7

Bunga Tanjung

7

1

1

5

5

17

-12

4

8

Westside Labourist

7

0

3

4

3

14

-11

3

Rules And Regulations

Nota: Semua undang-undang yang ditetapkan oleh Islam adalah asas utama undang-undang liga ini.

1. PERMAINAN

1.1. Keputusan pengadil adalah muktamad.

1.2. Setiap perlawanan berlangsung selama 15 minit separuh masa, 5 minit rehat di antara 2 separuh masa.

1.3. Pasukan yang lewat sampai di tempat perlawanan selama 10 minit dikira kalah jika salah satu pasukan telah bersedia di dalam padang.

1.4. Jumlah pemain dalam satu-satu perlawanan bagi setiap kumpulan adalah sebanyak 6 orang. Jumlah minima pemain yang perlu ada untuk satu-satu perlawanan diteruskan adalah sebanyak 4 orang. Jika kurang, pasukan tersebut dikira kalah.

1.5. Pertukaran adalah secara rolling, i.e tanpa had berapa kali hendak keluar masuk padang, dengan mengekalkan jumlah pemain hanya 6 orang di dalam padang bagi setiap kumpulan. Pertukaran hendaklah atas pengetahuan pengadil.

1.6. Bola yang keluar dari padang hendaklah disepak masuk. Tidak dibenarkan membaling bola masuk ke dalam padang kembali. Jaringan dari sepakan out adalah tidak dibenarkan.

1.7. Jaringan hanya dikira jika bola masuk secara penuh ke dalam gol dari mana-mana posisi dalam padang melainkan sepakan out.

1.8. Sepanjang liga, sepakan sudut tidak ada tetapi diganti dengan sepakan out, 1 meter(~4 langkah) dari garisan belakang.

1.9. Sepakan penalti adalah pada 20 langkah dari gol sendiri dengan semua pemain lain di belakang pengambil sepakan penalti. Penalti diberi jika ada kekasaran yang melampau atau menggunakan tangan untuk menghalang dari masuk atau untuk memasukkan bola ke dalam gol.

1.10. Tidak ada penjaga gol sepanjang liga dan pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kotak D, baik pertahanan mahupun pihak lawan.

1.11. Setiap kali setelah jaringan, permainan dimulakan dari tengah kembali.

1.12. Sistem kad adalah seperti undang-undang FIFA. Tetapi 3 kali kad kuning dalam perlawanan berbeza-beza menyebabkan pemain tersebut digantung satu perlawanan.

2. PEMAKAIAN

2.1. Pakaian adalah mengikut syariat Islam, dengan menutup aurat antara pusat dan lutut. Jika hendak memakai seluar pendek, pemakaian tights diperlukan. Pakaian yang menggambarkan imej/bahasa lucah atau yang menyinggung ketenteraman sosial adalah tidak dibenarkan langsung.

2.2. Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai sepanjang perlawanan. Kaki ayam, selipar atau sandal adalah tidak dibenarkan langsung.

2.3. Jam tangan disarankan agar tidak dipakai semasa perlawanan.

2.4. Kuku tangan hendaklah kemas dan tidak menjadi ancaman kepada keselamatan pemain lain.

2.5. Aksesori lain seperti shinpad, kneeguard dan lain-lain adalah mengikut keselesaan pemain.


3. PEMINDAHAN PEMAIN

3.1. Sewaan

3.1.1. Mana-mana pasukan dibenarkan untuk membuat sewaan dengan pasukan lain untuk menyewa pemain dengan dana yang ada. Setiap sewaan perlu diberitahu kepada lembaga penganjur untuk pengesahan. Mutual agreement tidak dibenarkan dan akan dikenakan tindakan displin dan denda oleh lembaga penganjur.

3.1.2. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk menyewa satu-satu pemain selama 2 perlawanan maksima.

3.2 Kontrak Tukar ganti (Trade-in Contract)

3.2.1 Mana-mana pasukan dibenarkan untuk membuat kontrak tukar ganti dengan pasukan lain hanya untuk satu pemain dalam satu-satu jangkamasa kontrak.

3.2.2 Satu jangkamasa kontrak adalah selama 3 perlawanan.

3.2.3 Kontrak tukar ganti tidak melibatkan sebarang dana, berlaku atas persetujuan kedua-dua pasukan. Pelanggaran kontrak menyebabkan dana pasukan tersebut dipotong oleh lembaga penganjur dan disalurkan kepada pasukan yang teraniaya.


3.3 Pembelian


3.3.1 Mana-mana pasukan dibenarkan membeli mana-mana pemain yang diiktiraf oleh lembaga penganjur sahaja.

3.3.2 Pembelian pemain dari mana-mana pasukan adalah atas persetujuan pasukan yang terlibat dalam urusan jual beli. Namun lembaga penganjur hendaklah diberitahu tentang jual beli yang berlangsung.

0 comments: