Waterfront city, Friday 25 April 2007-Pasukan Geelong FC berjaya membenamkan MCS dengan agregat 3-1 setelah berhempas pulas melakukan serangan demi serangan yang menyebabkan pasukan MCS terpaksa berputih mata walaupun telah melakukan persediaan sekadarnya dan melalui perjalanan yang jauh sepertimana kekalahan Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) kepada tentara turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal (yang kemudiannya digelar Ataturk, Bapa kemodenan Turkey) di Galipoli. Kemenangan inilah yang telah mengangkat Mustafa Kemal Ataturk hingga dia berjaya menamatkan sistem khalifah yang sememangnya hanya tinggal nama sahaja untuk beberapa tahun terakhir sebelum kejatuhannya secara total pada 1924 dan perkara ini telah dipadamkan terus dari minda generasi muda hari ini. Namun ini bukanlah gambaran ahli-ahli pasukan Geelong FC yang dikenali dengan budi pekerti dan kesungguhan dalam menyempurnakan tanggungjawab baik sebagai seorang manusia amnya dan muslim khasnya.
Apa yang lebih utama di sini adalah kita semua harus mencari makna sebenar di sebalik sesuatu peristiwa, selain yang sering dipaparkan media dan dipercayai oleh kebanyakan orang, agar kita tidak tersalah tafsir dan mengikuti pandangan orang lain secara membuta tuli.
0 comments:
Post a Comment